Khamis, 13 Oktober 2011

sunyiiiNYEERRRR!!

kesunyian melanda dihati ku...
teringin nak ade suami..ade anak sendiri...
dooiiiyyaaiii....rase jelouse bile kawan aku
semua dah kawin,ade anak.
ade plak anak yang dah sekolah..
muda muda lagi dah kawin..
bukan takde orang yang nak kat aku..
dan bukan juga aku jual mahal...
tapi aku sebenarnye takut dengan ape 
terjadi atas diri aku, kawan kawan dan keluarga aku sendiri.. 
aku takut tak dapat wat yang terbaik tok suami aku nanti..
aku takut dia tak dapat terima kekurangan aku nanti.
itu yang paling aku takut...
aku harap ade insan yang benar benar menyayangi diri aku 
dan sedia bawa aku ke jalan allah..
amin...

Rabu, 21 September 2011

SEGENGGAM TABAH


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti


Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau ubat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

CANTIK TAK BAJU RAYA I???huhuhuhhu


Selasa, 20 September 2011

I WANT TO BABY,..

Bila aku dapat saja berita yang member aku mengandung, aku yang melompat girang seolah-olah aku yang bakal dapat baby.. Bila tengok member aku bersalin dapat baby yg comel, aku yang geram dan terlalu hapy rasa nak bawak balik je..Member plak masing-masing sebaya ngan aku..jauh di sudut hati aku nie terasa hiba, sedih dan rase malu ngan kawan-kawan sebabnya aku takde baby lagi..camner nak ada baby kalau aku sendiri tak kawin-kawin lagi.. Kebanyakkan member aku semua yang sebaya dan muda dari aku dah ade 2 or 3 cahaya mata..seronoknya..terasa nak ambik anak angkat..tapi susah nak dapat bagi orang cam aku yang belum kawin.. Nenek cakap kalau rasa sedih atau nakkan ketenangan pelok la baby atau tengok baby.. Aduhaiii rindunya aku dengan baby.. "YA ALLAH, KAU KURNIAKANLAH ZURIAT YANG HALAL UNTUK AKU..AKU MERINDUI HARUMAN DAN TANGISAN BAYI YANG BARU DILAHIRKAN.. " AMIN YA RABBAL 'ALAMIN..

Jumaat, 16 September 2011

MAINAN PERKASIHAN MU

Setelah gerimis terhenti
Terpancar sinar mentari
Nampak jelas semua laluan
Dan kau tak kebasahan... lagi
Jika kau ingin pergi
Andai aku padamu kini
Tidak memberi erti

Hadirmu mengetuk hatiku
Bagaikan perkasihan mimpi
Indah cuma sewaktu ku lena
Dan lenyaplah semua... bila
Diri ini terjaga
Menoleh kebelakang diri ini
Jauh kau tinggalkan

Andai aku kenang kisah yang sudah
Aku jadi gundah
Mungkin tak kau rasa seperti mana
Aku merasa... perit lukanya
Itulah... hakikat yang ku telan
Itulah... yang kau tinggalkan
Biar aku menangis kerana luka semalam
Daripada menangis luka di kemudian
Dan paling tidak pun
Pedih tak berpanjangan
Kerana dia saat begini
Masih ada insan yang sudi bertandang
Merawat kelukaan oh...

KASIH KU PERTAHANKAN

Hujan yang berguguran
Seakan memahami kedukaan
Melanda ke jiwaku
Yang pasrah pada kesetiaan
Ku juga sepertimu

Yang mampu kasihkan ku pertahankan
Namun aku tak bisa menggenggam resah kerinduan
Belai tawamu
Semerdu angin yg berhembus lesu
Teguhnya cintamu
Walaupun diterpa durja
Bersabarlah oh kekasihku
Penantian kita belum berlabuh
Angin yang mengubah impian kita
Sehingga pohon cinta tak berbunga
Hadirnya bukan paksaan
Sekadar menguji keteguhan cinta
Yang pastinya kasihmu kupertahankan

Ahad, 11 September 2011

DENDAM!!!

DENDAM!!  YA.. memang aku dendam dengan seseorang
terlalu sukar untuk aku memaafkan kau, walaupun pada bulan
 yang mulia ini..adakalanya aku terasa ingin melupakan setiap
 perbuatan kau terhadap aku, dan kenangan aku dan kau yang
 pada awalnya sekadar rakan sekerja, tapi ingatan aku terlalu
 kuat, luka yang ditinggalkan terlalu dalam dan terlalu sakit.
memang terlalu mencengkap jiwa dan fikiran aku.bila teringat
rasa nak pitam dan benci dengan diri aku sendiri..kalau lah aku
nie tak waras..dah lama aku bunuh kau..
"AKU TAKKAN MAAFKAN KAU NGN DIA",
fitnah yang dia tabur atas aku sehingga maruah aku dilambung 
oleh keluarga dia, dan kau percaya dengan dia walaupun kau 
baru saja kenal dia dari aku yang dah lama kau kenal..
aku benci bila aku tahu yang aku sayangkan kau...benci bila
terkenangkan setiap air mata yang mengalir dipipi ku...
benci saat- saat aku bersama kau..orang cakap benci tandanya
sayang dan rindu  tapi tidak bagi aku..aku bukan cemburu 
dengan kebahagiaan kau..sebab aku pecaya yang aku boleh 
miliki insan yang lebih baik dari kau. tapi aku terlalu banci, sakit 
dan terlalu dendam dengan apa yang telah kau buat terhadap 
aku, jauh disudut hati aku bersyukur yang kau bukan milik aku.
aku bersyukur bahawa tuhan masih sayangkan aku..mungkin 
ini ujian dari tuhan dan mungkin juga tuhan beri petunjuk
bahawa kau bukan lah lelaki yang baik atau bahasa kasar
 "kau tak boleh jadi suami mithali",
aku terlalu bersyukur kerana tak dipertemukan dengan kau...
sory to say la..aku tak dapat doakan kebahagiaan kau tapi 
aku sentiasa doa kau akan dapat  pembalasan dari NYA..
memang aku minta sangat yang kau ngan dia akan dapat
dan akan rasa setiap apa yang kau ngan dia wat kat aku dulu.
aku dianiaya,di umpat di fitnah dihina..terlalu sakit dan 
dalam luka yang aku tanggung.aku tak dapat maafkan 
kau dengan dia..biar tuhan saja yang beri pembalasan pada kau..
aku diam bukan bererti aku kalah..aku mengalah kerana allah,
 dia lebih berkuasa dan tahu apa yang dilakukan..semoga kau
 kecapi apa yang kau kejar selama ini..

Rabu, 24 Ogos 2011

SELAMAT BERPUASA DAN SALAM HARI RAYA AIDILFITRI

Hari ini dah masuk 24 hari puasa dan tak lama lagi hari raya..ada yang dah start cuti,ada yang masih belum cuti ada gakyang tak dapat cuti.macam kes aku...huhuuhu..tapi tak per sebab aku masuk shif petang..so pagi raya tu masih berpeluang beraya ngan famly dan sedara mara...
kampung aku???kampung aku x jauh pun..dekat je kat sungai buloh je...dekat kn...?hehehe tapi aku teringin sangat beraya katkampung orang...nak rasa suasana kampung...kampung aku tu dah jadi bandar sikit..tapi ada la rasa kampung sikit cuma nak rasa jalan jauh.kata orang kalo camtu kena cari bakal suami orang jauh ler...
ummm..
persiapan raya kat umah aku tahun nie paling kureng..mana tak nye ayah aku sakit sejak awal taun lagi..keja pun tak lagi so duit pun kureng tok wat persiapan..selalu ayah bagi duit...tapi taun nie aku ngan adik aku berusah sedaya upaya tok ceriakan umah aku nie walaupun tak seberapa.
kesian gak ngan adikaku die banyak laburkan duit die..aku plak.. walaupun gaji sikit aku tolong sedaya upaya yang aku mampu..abang2aku dah kawin...dieorang ada gak tolong...belikan kuih raya baju tok mak..tapi takakn semua nak harapkan kat abang2 akukan...sebab abang2 aku tak dok serumah and satu tempat je...uummmm
apa pun pada yang nak balik kampung tu berhati2 di jalan raya dan kirim salam kat orang kampung eaa..
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin pada semua..

iklas dari
geesur

Khamis, 18 Ogos 2011

"Abang, Tunggu Mak di Syurga Ya.."


Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?
Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"
Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.
 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "Insya-Allah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?
Mak jawab, "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"
Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.
Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. 
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu adasurprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" 
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
 Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.
Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

EPILOG SILAM


Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit ku bersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Isnin, 15 Ogos 2011

Kisah Rabiatul Adawiyah

Tabahkan hati seperti Maryam ibunya Nabi Isa a.s.
Cekalkan diri seperti Siti Khadijah r.a.
Bersihkan jiwa sebersih jiwa Siti Aisyah r.a.
Dan kuatkan iman seperti RABIATUL ADAWIYAH....

Berkongsi sedikit kisah mengenai seorang wanita yg aku anggap seperti Mentor untuk aku terus berjuang dalam Islam...


Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang  tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari  timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat  Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya

Ahad, 14 Ogos 2011

Impian Kasih 

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi
Menjadi satu realiti

Kasih kusedari kekurangan ini
Kasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Kupasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Khamis, 11 Ogos 2011

YA ALLAH..KENAPA DENGAN PERASAN AKU NIE!!

Aku tak tau kenape dengan perasaan aku..
nape mesti aku rase cemburu bile die nak kuar ngan 
pompuan lain??kenape mesti aku sayang kat die??
walaupun aku tau die bukan milik aku..!!!
kenape aku selalu jatuh hati dan sayang pada lelaki 
yang dah dimiliki???adusss
sesak dada aku....setiap hari merindui die..
sehari tak jumpa rase gelisah semacam...
YA allah tolong la aku ya allah..
hamba mu terlalu lemah dalam soal hati dan perasaan..
hamba mu takut ya allah...hamba mu nie terlalau takut 
untuk lukakan hati kaum ku sendiri...
hamba mu takut akan keterlanjuran cinta dan sayang..
ya allah jika dia lah kau ciptakan untuk aku 
aku terima seadanya dan dekatkan lah hatinya dengan 
hati ku..jika dia bukan untuk aku, kau jauhkan lah dia 
dengan aku..supaya aku lebih tenang dengan kemurnian 
cinta mu ya allah..pada mu aku beserah..
ya rabbal alamin..

Rabu, 10 Ogos 2011

INNALILLAHI'WAINNAILAIHIROJIUN

FIRMAN ALLAH :  "SETIAP YANG HIDUP AKAN MERASAI MATI",


Dalam tahun nie je entah berape ramai yang menemui ajal??
tak kira la di mana- mana je...tak kurang juga yang derita 
dengan penyakit..sedara- mara aku pun ramai yang meninggal
baik yang masih muda dan yang tua, yang sihat dan juga yang
sakit,semuanya secara mengejut dan kebetulan...
7 taun lepas aku kehilangan orang yang aku sayang dalam bulan
 puasa juga 2 taun kemudian kawan baik aku pula menyusur...
Maut tak kira usia dan dimana aje kita berada...tengah-tengah
 kita bersuka ria bergelak ketawa maut akan datang dengan 
tiba- tiba seperti kes kawan aku, 2 bulan sebelum puasa dia
 kehilangan ayah tercinta dan sebulan sebelum puasa taun 
yang sama die kehilangan abang kandung pula...
tak dapat aku bayangkan perasan mak kawan aku nie.. 
tak lama lepas tu mak rakan sekerja aku pulak yang meninggal...
kebetulan wajah arwah ade iras mak aku...sebak dan sedih 
sangat dalam bulan puasa dia pergi menghadap ilahi..
terbayang wajah mak ayah aku..seminggu lepas tu pak sedare
laki kawan aku plak yang meninggal..
emmm terpikir aku dan rase takut pun ada kalau maut tiba-tiba 
jemput aku pulak.."astarfirullahalazim"..,
sedekah AL-FATIHAH  dan YASIN aja yang mampu aku iringi
 mereka yang telah kembali ke rahmatullah..moga roh dicucuri rahmat
amin...

Rabu, 3 Ogos 2011

berkongsi kasih dengan suami orang????

Dari jauh ima perhatikan intan yang sedang asyik memandang rakan sekerjanya,
dan terus menegur intan..

IMA:             "Hai intan..betul ke ape yang aku nampak tadi?",

intan yang kelihatan malu dan cuak menjawab

INTAN:           "ape yang kau nampak??",
IMA    :            "ala aku tau kau suke die kan???dari tadi aku tgk kau
                            curi-curi  pandang die kau syok ngn die kan...
                           hihihihiihi ala ape salahnye..die pun dah oferkan...",
INTAN:          "ish!! kau nie ima..ade ke situ plak kau..die tu dah
                           kawin la..dah ade bby pun bis bini die tu nk campak
                           ke mane???"
IMA      :         "ala..laki kn ley kawin 4..tak salah rasenye kalo kau
                         terima die..aku nak tanye nie ley tak kau jawab 
                        dengan  jujur dari hati kau??"
INTAN:          "ape die??kalau aku ley jawab aku jawab..", 
IMA   :           "kau sayang die tak?"
INTAN:         " sayang???entah, nape???"
IMA:             "takkan langsung takda hati kot??kalau ditakdirkan
                        kau jadi isteri die camner??"
Pratonton
intan mula tak senang dengan soalan yang diajukan...bukan tak sengan sebab ape..cuma dia rase malu tok jawab soalan sahabat dia.

INTAN:        "tak mungkin la ima die kan dah kawin..takkan die
                        nak aku..mestilah die sayang giler kat bini die tu..."
IMA:            " ye la..kalau ditakdirkan..kau x ley tolak takdir
                       intan..atau pun kalau dia masih bujang tak kawin 
                      lagi..kau terima dia tak???"


menghela nafas yang panjang intan menjawab dengan tenang..

INTAN:       " kalau dia tak kawin lagi mungkin aku akan terima..
                        tapi die dah kawin ade bby pun.takkan aku nak
                        kacau rumah tangga dia..aku pun pompuan,
                       ade hati cam bini die..aku sendiri pun tak nak
                      berkongsi kasih..ape lagi bini die...lagi pun aku
                     dah janji ngn diri aku yang aku tak kan sesekali 
                     kacau atau runtuhkan masjid orang..lagi pun aku
                    dah penat sangat bercinta ngan hak orang biar la
                   dia bahagia ngn anak isteri dia. aku ngan die tak 
                   lebih dari seorang kawan...puas hati ngn penjelasan
                  aku"??
IMA:    "ye la intan..aku kenal kau..sebab tu aku tanya kau..
             kau terlalu baik..kenapa la orang tak pandang dalaman
             kau.."
INTAN: "biar la ima..lagi pun aku tak kisah..aku selesa dengan 
               diri aku sekarang..pompuan mane yang tak nak kawin..
              semua nak..cuma tak sampai jodoh lagi je."

dengan penjelasan yang panjang lebar tadi.intan berharap agar sahabatnya paham dengan pendirian nya,kedua sahabat terus tersenyum sendirian...