Jumaat, 22 November 2013

JoDoH oH JoDoH....

HaTi oh HaTi.. sukar untuk ditafsirkan tentang hati dan perasaan.. tak semestinya ape yang korang rase sama dengan ape yang aku rasa.. camtu juga korang.. walaupun ape yang berlaku sama dan serupa.. tapi ape yang kita rasa tak sama sekali.. penah rasa tak camtu?mestilah pernah kan.. kadang-kadang tengok member sebelah nasib sama je ngn kita.. tp dia cekal and tabah..diam je.. kita pula rasa lemah tak bermaya.. kadang nak wat keja pun takde mod.. tau tak , sebenarnya member sebelah tu lebih lemah dan tak bermaya dibelakang kita.. cuma dia tak pernah tunjuk pada kita.. itu la yang aku maksudkan..

bila buka je cerita tentang hati.. automatic akan dikaitkan dengan cinta dan paling tepat jodoh..pantang aku buka citer pasal hati mesti pekara ini yg dikaitkan...rasa rimas pun ada gak..tp nak wat camner.. mulut tempayan boleh ditutup, tp mulut orang susah nak ditutup.. jawab la kau camner pun..soalan tetap di ajukan walaupun dah masuk 100 kali soalan yang sama.. "kau bila lagi?? " haa nampak tak permainan die.. lebih
lebih lagi bila ade adik beradik atau sedara-mara terdekat yg nikah.. memang jenuh la nak menghadap kan..

bila tengok orang buat persiapan kawin..terasa la plak aku yang nak kawin.. (hai menyebuk je awak tu..) huhuhu sape tak teringin nak kawin dik oooiii.. cubu habaq mai.. mulut je ckp tak nak hati mau.. semua orang nak merasa hidup bahagia , mana ada orang nak merasa hidup derita, cuma salah pilih jalan je..korang pernah tengok tak pasangan suami isteri warga cina tua.. pergi mana2 pon berdua.. siap pimpin tangan tolong ambikkan barang.. memang terasa ,tengok dieorang pon dah tau untie ngan uncle nie bahagia, aku nak macamtu sampai aku tua.. kalau boleh sampai aku mati aku nakkan kebahagian tu..cuma nya aku takut tak dapat buat yang terbaik dan aku paling takut kalau aku tak dapat tunaikan setiap permintaan zahir dan batinnya..dan disebabkan itu dia berpaling tadah.. itu yang aku takutkan..tapi aku percaya dengan ketentuan illahi dengan ape yang dirancangkan untuk aku....

siapa jejaka itu..? aku akan tunggunya hingga ke akhir nafas ku.. jawapan ku.. jodoh ada dekat dengan ku.. cuma aku tak nampak lagi... tuhan simpannya dan akan dipertontonkan pada masa yang sesuai..sekarang nie tiba untuk adik ku melangkah ke alam kebahagiaan setelah menempuhi dunia yang berliku- liku..aku harap dan doakan kebahagiannya didunia dan akhirat. aku akan rasa sunyi lepas nie..dah takde teman gaduh sebelum tido pasnie.. huhuhuhu gaduh ngan mak je la pasnie sebelum tido..  ( gaduh2 sayang) dan aku akan teruskan langkah ku sebagai wanita berkerjaya... chewwahhhh....

 pada yang dah bertemu jodoh yang akan melangkah ke alam perkhawinan tu, aku ucapkan selamat beribadat.. maksud aku selamat menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dan mak ayah pada anak2 kalian.. terima la pasangan anda seikhlas yang mungkin.. itu yang terbaik allah ciptakan untuk anda..

assalamualaikum.. (~___^)
 



Jumaat, 20 September 2013

Bacalah Wahai Kaum Adam, Kenalilah Wanita

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?


Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..


Hebat kan wanita?

Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda.

Selasa, 20 Ogos 2013

Episod Terakhir Permainan Dajal

RABU 21 AUGUST 13
Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria...tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin....sebaliknya MEKKAH dan MADINAH....dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel)dan sekutunya Syiah (Iran)......bermula dengan;
-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme,walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan,Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.
-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.
-IRAQ satu2nya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).
- AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).- LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring"...Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"...dibantu dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).
-SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.
-MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin,kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.
LIHATLAH...DIPETA,,,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK......Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat Suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah Rom.......
SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? Semua sedia Maklum...ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya.....dan satu-satunya lelaki Habsyah(kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA.....Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:
DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN.SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!.

Selasa, 6 Ogos 2013

hari ini terawih malam terakhir... TO ALL MY FRIENDS.. yang dalam perjalanan tu hati2 ketika memandu.. jangan bawak laju2, jangan ikut rapat dengan kenderaan lain... untuk kawan2 yg dah sampai di kampung halaman tu... kirim salam kt orang kampung... (~___^)

Setiap manusia tak terlepas dari kesilapan..Dikesempatan ini sy menghulur 10 jari ingin memohon seribu kemaafan atas kekilafan diri, jika ade terkasar bahasa yg menyakitkan hati dan myakitkan mata ke... sy minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki...
* SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN *

Sabtu, 27 Julai 2013

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN MALAM 17 RAMADHAN

Nuzul al-Quran merupakan satu peristiwa di mana al-Quran itu diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia secara sekali gus dan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW.


Nuzul Al-Quran – Peristiwa Penurunan Al-Quran | Hari ini merupakan 17 Ramadhan yang mana ia merupakan hari di mana Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT seper
 ti yang disebut sebagai Malam Qadar atau Lailatul Qadar. Jangan kita bahawa tibanya hari nuzul Al-Quran bermakna kita akan mendapat cuti. Tetapi kita perlu memberikan penghayatan disebalik peristiwa ini. Seperti yang kita maklum. al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus 30 juzuk dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah S.W.T :“ Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar”.Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:“Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan”

Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.

Turunnya Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf”

Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia dan akhirat.

Allah nyatakan dalam Al-Quran:” Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil”

Manusia yang hanya membaca semata-mata dan tidak mengamalkan peraturannya dalam kehidupannya samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya dibaca setiap hari :” Makan tiga kali sehari” tetapi tidak dimakannya maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.

Sama juga halnya apabila membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai pedoman maka Al-quran itu sendiri yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis nabi s.a.w :” Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangakan Al-quran itu melaknatnya”.

Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menghalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.

Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-quran, As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.

Firman Allah s.w.t:“Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya (hadis)”

Nabi berpesan:” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya”

Kita merupakan umat nabi akhir zaman yang mana kitab al-Quran ini sudah sedia dibukukan. Berbanding pada zaman rasulullah SAW dahulu. Tiada sebarang pengumpulan al-Quran pada ketika itu. Tetapi kita yang tinggal baca al-Quran sahaja pun, masih lagi liat untuk membukanya. Semoga pada bulan Ramadhan ini, hati kita dibukakan untuk mempunyai azam membaca al-Quran secara lebih kerap lagi.

Selasa, 16 Julai 2013

SALAM RAMADHAN 2013

Assalamualaikum keng kawan semua...rindunyer nak update blog nie.. dah lame sangat tak update.. mana taknyer..buzy je memanjang.. memang nak online pun takde masa... nie pun curi- curi masa tok update blog..huhu sempat lagi kan...

Urmm rasa baru semalam saya g raya kat umah sedare..cepat tol masa berlalu kan.. sekarang dah masuk  puasa ke 6 dan tarawih malam ke 7..terasa diri semakin sunyi bila tengok pasangan yang berbuka puasa seperti suami isteri..lebih- lebih lagi yang baaru melangkah ke alam perkhawinan....
semoga berbahagia hendaknya , dan harap puasa kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia.... insya'allah satu hari nanti pasti saya akan menyusul jejak korang semua.. kata orang kalo dah jodoh takkan kemana.. so doa-doakan lah untuk saya ea...
selamat berpuasa semua... sayang korang semua.. (~__^)

Selasa, 16 April 2013

NASIHAT UNTUK PEREMPUAN CANTIK


aku suka tengok perempuan cantik..
sebab kulit licin manis..lbh2 lg yg kulit putih..
sekali pandang dah jatuh hati..

Tapikan....sayang tau kalau korang tak pandai nak jaga..
lebih-lebih lagi kalau tak pandai nak senyum…
memanjang je kelat cam terpaksa telan cuka je rupa korang..
terutama adik-adik dan kakak-kakak yang jaga kat kaunter servis tu..
cube senyum sikit je walaupun penat berkerja..
cian kat makcik yang nak beli barang tu..
pakcik yang tak tau nak isi borang kat bank tu..
Kalaupun korang tak nak senyum kat kita yang muda2 dan
yang sebaya dengan korang sekalipun..jangan la wat muka camtu..

korang tau tak yang sebenarnya pakcik dan makcik tu bukan takut pun
ngan korang walaupun dari zahir Nampak camtu..
tapi dalam hati terasa nak bagi penampar je kat korang..
cakap pun tak reti lembut..nak kasar je….Dalam hati orang tua tu..
“nasib baik kau bukan anak aku, kalau anak aku dah lama dah makan penampar” Tu yang aku dengar dari mulut makcik yang tengah pakai tongkat tu..

Wahai perempuan yang cantik..
Tak salah pun nak senyum.. tu kan satu sedekah..
Dapat pahala tu….korang tak nak pahala ke??
Senyum sorang-sorang boleh plak ea…
Tuhan suka tau orang yang sentiasa senyum nie..
Sakit senyum, marah pun senyum..time hapy lagi la senyum kan..
Kalo x nak senyum pun maniskan muka tu sikit…
 walaupun muka kita Nampak kasar….Tak salah pun…
aku doakan korang semua..semoga tuhan sentiasa
memaniskan muka korang…. Aminnn
peace yooo!!!  (-__^) 

Selasa, 2 April 2013

SABARLAH WAHAI HATI

Sabarlah wahai hati, setiap ujian yang diturunkan pasti ada hikmahnya. Itulah nasihat saya pada diri sendiri.. tapi kadang tu saya tewas dengan hati saya sendiri bila ujian yang datang bertalu- talu tak pernah putus..
Ya'Allah beratnyer aku rasakan ketika ini...hanya DIA yang maha mengetahui segalanya.. kata ustazah ujian yang kita dapat adalah salah satu dari ubat penghapus dosa kita.. Ya, aku percaya setiap hamba allah tak lepas dari dosa termasuk aku yang banyaknya dosa tak tertanggung.. itulah salah satu sebab kenapa aku selalu di uji dengan ujian dari segala bentuk..

Kadang-kadang aku boleh terimanya tapi kadang tu aku salahkan takdir dan bertanya pada hati aku sendiri.. kenapa mesti aku??malang ke aku nie seperti ape yang dikatakan orang cina setiap kali lihat tapak tangan aku.?? selalu berperang dengan hati , akhirnya aku tertewas juga dan mengaku yang ALLAH masih sayangkan aku dan masih ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku lakukan..

" Ya.'allah , aku mohon beribu keampunan padamu ya'allah,
aku tahu begitu banyak dosa yang telah aku lakukan ,
aku masih tak bertaubat atas dosa aku yang lalu ,
aku tahu ya allah , dan setiap kali ujian yang datang ,
pasti aku ingat akan dosa ku dan aku berfikir mungkin
ujian ini adalah satu cara untuk aku menghapuskan dosa aku..

Ya'allah , kau jauhkanlah aku dari bersangka buruk pada mu,
jauhkanlah aku dari berhasat dengki dan buruk sangka.
Ya'allah , kau ikhlaskan lah hati ku untuk menerima setiap ujian yang kau turunkan..Ya'allah , aku bukan menolak ujian mu ,tapi aku tak tertanggung Ya 'allah akan ujian yang kau turunkan pada ku.. berat untuk aku menghadapi semua ini seorang diri Ya'allah.
aku berterima kasih kerana engkau hadiahkan untuk aku keluarga yang sangat memahami aku dan terlalu berjasa dengan ku..

Ya'allah , kau kurangkan la beban yang aku tanggung ini ,
kau ampunkan lah dosa ku..
kau berkatilah diri ku dan keluarga ku.
kau tunjukkanlah jalan yang lurus jalan yang engkau redhoi,
limpahkanlah rezeki buat ku dan keluarga ku,
lepaskanlah kami dari dibelenggu hutang yang melampau ya 'allah..
 aku mohon pada mu tunaikan lah permintaan ku ini ya allah.

hanya kepada mu aku meminta dan kepada mu aku memohon ampun..
salam dan selawat ke atas baginda S.A.W.

amin ya'rabbal alamin..............

Sabtu, 30 Mac 2013

Asalamualaikum..

  Waa dah lama tol aku tak jenguk blog aku nie...rindunya aku nak mengarang kat blog nie..disebabkan terlalu bze otak pun takda idea nak karang... So hari nie aku luangkan masa yang ada untuk update blog aku nie..
Banyak yang aku nak kongsi pada korang semua... apa yang aku kongsi diblog nie adalah realiti tentang kehidupan sekeliling aku termasuk la aku nie.. apa yang ada pada tahun 2013 dan seterusnya..
 (~__^)

Jumaat, 4 Januari 2013

SELAMAT TINGGAL 2012, DAN SELAMAT DATANG 2013

Asalamualaikum pada sahabat2 sekalian, dah lama aku tak update blog ini dan baru hari ini aku berkesempatan untuk update dan mengucapkan ribuan terima kasih pada blogger2 lain yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ni.
Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013, zaman yang semakin mencabar diri kita kan..?  lebih2 lagi yang dah berumah tangga apatah lagi yang dah punyai anak yang di panggil anak zaman siber. 

TAHUN 2012

Semua yang hidup pasti ada kenangan tersendiri , tak kira pahit manis masam dan lain2..tak ketinggalan juga aku.. kenagan pahit melebihi kenangan manis dalan tahun 2012 ni apa pun itu la yang mematangkan fikiran dan kehidupan aku.. semuanya mengajar aku erti kehidupan dan kembali ke fitrah sebenar. semuanya akan aku simpan dalam lipatan buku sejarah dan tak akan aku buka kembali buku itu.

TAHUN 2013

Tak tahu apa yang bakal berlaku pada tahun ini. lebih manis dari pahit ?? atau sama saja..semua ketentuan ilahi dan aku sedia terimanya jika itu lah yang ditentukan untuk aku. 2013 aku panggil zaman siber. walaupun tahun2 sudah pun orang cakap zaman siber tp bagi aku tahun ni lagi siber. budak yang baru memcecah 3 tahun pun dah pandai guna tab and hp canggih..kalau sebelum ni aku tengok tak lah ramai mana budak yang guna tab, tapi sekarang ni dimana-mana ja aku pergi aku mesti jumpa 1 or 2 budak yang asyik guna tab,hp canggih or l.top...rasa cam aku plak yang ketinggalan..apa pun ibu bapa yang mencorakkan anak2 zaman siber ni.. kalo di ajar panggil mak..mak la bunyinya, tapi kalau di ajar panggil ummi, ummi la bunyinya. Apa pun ini adalah tahun untuk aku perbaiki diri dan kehidupan aku, dengan sokongan yang diberi aku akan terus perbaiki dan perbaiki diri aku..

SELAMAT TINGGAL 2012,akan ku simpan semua dalam buku kenangan,
SELAMAT DATANG & SALAM PERKENALAN PADA 2013,
semoga ada sinar baru dalam kehidupan kita semua,
ASSALAMUALAIKUM. (^__^)