Sabtu, 18 Julai 2015

HIDUP DALAM PENIPUAN.

Hidup penuh dengan penipuan.. kenapa mesti nak tipu orang? Kalau hal kecik takde masalah pon.. tapi nie melibatkan harga diri.. aku betul- betul tak faham dengan orang camnie. Nak nampak yang die lebih baik, bagus dimata semua orang, nak bagi tau semua yang die dah banyak berkorban sedangkan orang lain yang berkorban.. orang lain yang buat itu ini. Niat hati nak tompang satu kaki. Tapi dia berdiri dengan dua kaki sampaikan sepasang kaki asalnya,tak nampak..

Hai la manusia2... apa yang kau cari sebenarnya? Kau nak ape sebenarnya?
Ya allah, kau sedarkanlah dia akan perbuatannya yang amat menyaibkan orang lain..  amin.

RENUNGKAN SEKETIKA

No.1 :- Kita selalu rasa yang pengorbanan kita untuk famly terlalu besar walaupon pengorbanan tu sebenarnya sebesar zarah je..

No.2:- selalu sangat kita rasa dah jaga hati famly terutama mak ayah kita,  sampaikan kita tak tahu cara macam mana lagi kita nak jaga hati mereka sedangkan mak ayah kita hampir setiap hari makan hati berulam jantung dengan sikap kita, kadang tu sampaikan nak bercakap dengan kita pon takut2..

No.3:- tabur la duit banyak mana skalipon kalau perangai kita tu tak boleh nak menyenangkan hati mak ayah kita pon tak guna jugak..

Akhir kalam:- semuanya terletak pada diri kita sendiri. Orang lain hanya boleh berkata kata, tak mungkin boleh ubah perangai kita melainkan kita sendiri yang mengubahnya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015.

Rasanya belum terlambat untuk sy mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf sekiranya,sy pernah menyakiti hati korang semua dalam sedar ataupun tidak. Halalkan segalanya.. koson - kosong..

#MAAF ZAHIR BATIN.

Rabu, 15 Julai 2015

RINTIHAN DOA DI AKHIR RAMADAN

Ya Allah ya Tuhan kami, malam ini adalah malam terakhir buat kami mendirikan solat tarawih, malam terakhir kami bangun untuk bersahur dan esok mungkin Maghrib terakhir kami berbuka. Usia kami, tertulis di sisi-Mu bila-bila akan habis, sedang kami masih leka menguliti dunia tanpa ada noktahnya.
Ya Allah, semoga kami sudah mampu merasai nikmat manisnya iman di bulan Ramadan, menikmatinya manis ibadah di bulan Ramadan, mensyukuri segala anugerah di bulan Ramadan. Semoga kami sudah makin mudah bangun di tengah malam walau sekadar mendirikan tahajjud dua rakaat, sudah semakin mesra membaca al-Quran dan mentadabbur segala isinya, sudah semakin ghairah bersedekah walau sedikit tanpa lelah, sudah kian asyik beribadah hanya kerana-Mu wahai Allah.
Ya Allah, panjangkanlah usia kami agar dapat lagi kami menjadi tetamu Ramadan pada tahun-tahun akan datang, dan sekaligus meraih gandaan pahala yang telah Engkau janjikan.
Ya Allah, andai kami tersalah, maafkanlah kami. Sesungguhnya, pada hari raya Idulfitri ini nanti, kami lahir menjadi manusia yang bersih, suci seperti seorang anak yang masih bayi.
Perkenankanlah ya Allah, segala rintihan dan harapan kami ini.
Amin ya Rabbal A'lamin...
"SELAMAT TINGGAL RAMADAN, SEHINGGA BERJUMPA LAGI.."

Khamis, 2 Julai 2015

Malam 15 Ramadhan.

Malam 15 ramadhan dh pun berlalu.. Tetiba rasa sayu hati aku, rindu dengan insan tersayang  yang dah kembali ke rahmatullah. Rindu dengan kawan baik aku.. ajal maut di tentukan allah, maut sentiasa memerhati kita. dengan sekelip mata nyawa kita ditarik.. allah ya rabbi.. bila terkenang azabnya kubur rasa gerun and takut sangat.. takut dosa aku tak terampun , aku paling takut bab hutang yang tak setel.
Ya allah hinanya hamba mu ini, kerdil sekerdilnya bila menghadap dan mengharapkan pengapunan dari mu. Ya allah aku jahil ya allah. Kai bawa la aku ke jalan mu, kau pimpin lah aku ke jalan mu, sucikanlah hati dan jiwa ku.. sucikanlah zahir batin ku ya allah, jadikanlah aku wanita solehah yang menjaga aurat dan dirinya ya allah, maafkan segala kesalahan aku  ya allah, beri la kesempatan untuk aku bertaubat dan beribadah kepada mu ya allah, berilH aku kesempatan untuk aku beramal pada kedua orang tua ku dan keluarga ku. Ya allah, sampaikan salam rindu ku pada arwah atok , nenek dan sahabatku, serta pada nabi muhamad s.a.w .
Ya allah, kau makbulkanlah doa ku, hanya pada mu aku memhon. amin ya rabbul alamin..