Selasa, 24 Julai 2012

ORANG ALIM vs ORAANG BIASA

Assalamualaikum pada semua pembaca budiman..terima kasih kerana sudi baca and singgah di blog sy..Belum terlambat lagi untuk saya ucapkan SELAMAT BERPUASA pada umat islam seluruh dunia..
mari sama-sama kita mencari keredhoan dari ilahi dan sekali gus mengharapkan pengampunan dari ilahi.. 
amin..


Kali nie saya nak ketengahkan  isu orang alim yang bajed bagus
dengan orang biase.. saya harap pembaca faham maksud sy...korang semua mesti penah jumpa orang camnie kan? kadang- kadang saya rase meluat pun ade..tapi bukan la semua yang bersifat camtu...saya tak tau cam mane ngn pihak lelaki..tapi saya yang mewakili kaum perempuan dapat bezakan yang mane permata yang mane kaca..


saya menceritakan tentang pengalaman saya sendiri bila bergaul antara orang biase ngn orang alim..bukan nak merendahkan martabat orang alim..tak terniat sekali pun untuk mengutuk mereka..cuma rase yang terkilan dan hina sangat bila berada dikalangan mereka.. tak disangkal memang mereka melakukan kewajipan yang dituntun oleh allah dan sunnah nabi.. tapi tanpa mereka sedar ade insan yang memerlukan perhatian mereka...yang  memahami insan-insan ini , mereka akan membimbing insan ini ke jalan yang benar.. tapi sebaliknya yang tidak memahami atau buat-buat tak paham akan terus mengutuk dan terus lari dari insan-insan  ini..


untuk pengetahuan pembaca..saya nie hanya la insan biase yang lahir dari keluarga susah.. kami belajar dari kepayahan hidup dan bangkit dari kelemahan..kami cuba perbaiki diri dan sentiase menyedarkan diri... ibu dan ayah adalah pendokong kami... saya anak ke tiga dari 5 beradik yang bertuah atas kepercayaan ibu dan ayah yang membenarkan sy berdikari dan kerja diluar... selama 10 tahun saya merantau dan berjumpa dengan pelbagai orang dan ragam...saya cuba untuk bergaul dengan minah purda dan saya sendiri pernah memakai purda untuk diri sendiri..tapi malangnye ia hanya la sementara kerana saya tak dapat untuk menghipokrikkan diri sy... luaran saja bertutup litup tapi dalaman hanya tuhan saja tahu.. megutuk dan menghina orang sesuka hati..saya sentiasa berdebat dengan mereka yang tidak memahami naluri manusia biasa sepeerti sy...


pernah suatu hari lepas kelas agama, saya ngan geng kelas agama pergi kedai makan.. geng kelas agama saya terdiri dari orang tua tua hingga la sebaya saya..dalam kedai makan satu sudut ada sekumpulan
remaja skali pandang nampak macam budak baru lepas SPM.. dalam kumpulan remaja tu ada 3 ' 4 orang perempuan yang berpakaian seksi dan berpelukan sambil mengisap rokok..seperti ingin menarik perhatian pengunjung kedai tu.. saya tengok pun jelik tapi dah biasa tengok budak budak camtu..lagi terok saya pernah tengok.. apa yang saya kesalkan kat sini geng sekelas saya mengutuk dan menghina habis-habisan bila tengok remaja nie..siap keluar mak bapak dan keturunan..aduhhh camnie ke cara oang alim zaman skang pandang remaja zaman skang??? pernah sekali saya memakai seluar jens, t-shrt labuh biasa ngan suiter dan tudung seperti biasa...pun kena kutuk dan kena singkir dari grup...aduhh sedih nye... hina sangat ke???di saat tu saya terpandang anak-anak yang mereka bawa...  


nasihat saya pada orang alim..jangan la pandang kami dari luaran... cuba la selami hati kami yang mendambarkan kepimpinan orang-orang alim seperti kalian..tak bayak yang kami minta..cuma jangan pandang hina pada kami...kami tau orang akan menilai kita dari luaran tapi jangan la kami disingkirkan seperti  itu..sedangkan nabi sendiri mengauli dan mendekatkan diri dengan kafir..nabi membawa secara lembut.. bukan seperti itu... bantu kami bawa kami ke jalan lurus... itu pinta saya..


* tengok kelemahan sendiri sebelum mengata orang *
wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan