Selasa, 16 April 2013

NASIHAT UNTUK PEREMPUAN CANTIK


aku suka tengok perempuan cantik..
sebab kulit licin manis..lbh2 lg yg kulit putih..
sekali pandang dah jatuh hati..

Tapikan....sayang tau kalau korang tak pandai nak jaga..
lebih-lebih lagi kalau tak pandai nak senyum…
memanjang je kelat cam terpaksa telan cuka je rupa korang..
terutama adik-adik dan kakak-kakak yang jaga kat kaunter servis tu..
cube senyum sikit je walaupun penat berkerja..
cian kat makcik yang nak beli barang tu..
pakcik yang tak tau nak isi borang kat bank tu..
Kalaupun korang tak nak senyum kat kita yang muda2 dan
yang sebaya dengan korang sekalipun..jangan la wat muka camtu..

korang tau tak yang sebenarnya pakcik dan makcik tu bukan takut pun
ngan korang walaupun dari zahir Nampak camtu..
tapi dalam hati terasa nak bagi penampar je kat korang..
cakap pun tak reti lembut..nak kasar je….Dalam hati orang tua tu..
“nasib baik kau bukan anak aku, kalau anak aku dah lama dah makan penampar” Tu yang aku dengar dari mulut makcik yang tengah pakai tongkat tu..

Wahai perempuan yang cantik..
Tak salah pun nak senyum.. tu kan satu sedekah..
Dapat pahala tu….korang tak nak pahala ke??
Senyum sorang-sorang boleh plak ea…
Tuhan suka tau orang yang sentiasa senyum nie..
Sakit senyum, marah pun senyum..time hapy lagi la senyum kan..
Kalo x nak senyum pun maniskan muka tu sikit…
 walaupun muka kita Nampak kasar….Tak salah pun…
aku doakan korang semua..semoga tuhan sentiasa
memaniskan muka korang…. Aminnn
peace yooo!!!  (-__^) 

Selasa, 2 April 2013

SABARLAH WAHAI HATI

Sabarlah wahai hati, setiap ujian yang diturunkan pasti ada hikmahnya. Itulah nasihat saya pada diri sendiri.. tapi kadang tu saya tewas dengan hati saya sendiri bila ujian yang datang bertalu- talu tak pernah putus..
Ya'Allah beratnyer aku rasakan ketika ini...hanya DIA yang maha mengetahui segalanya.. kata ustazah ujian yang kita dapat adalah salah satu dari ubat penghapus dosa kita.. Ya, aku percaya setiap hamba allah tak lepas dari dosa termasuk aku yang banyaknya dosa tak tertanggung.. itulah salah satu sebab kenapa aku selalu di uji dengan ujian dari segala bentuk..

Kadang-kadang aku boleh terimanya tapi kadang tu aku salahkan takdir dan bertanya pada hati aku sendiri.. kenapa mesti aku??malang ke aku nie seperti ape yang dikatakan orang cina setiap kali lihat tapak tangan aku.?? selalu berperang dengan hati , akhirnya aku tertewas juga dan mengaku yang ALLAH masih sayangkan aku dan masih ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku lakukan..

" Ya.'allah , aku mohon beribu keampunan padamu ya'allah,
aku tahu begitu banyak dosa yang telah aku lakukan ,
aku masih tak bertaubat atas dosa aku yang lalu ,
aku tahu ya allah , dan setiap kali ujian yang datang ,
pasti aku ingat akan dosa ku dan aku berfikir mungkin
ujian ini adalah satu cara untuk aku menghapuskan dosa aku..

Ya'allah , kau jauhkanlah aku dari bersangka buruk pada mu,
jauhkanlah aku dari berhasat dengki dan buruk sangka.
Ya'allah , kau ikhlaskan lah hati ku untuk menerima setiap ujian yang kau turunkan..Ya'allah , aku bukan menolak ujian mu ,tapi aku tak tertanggung Ya 'allah akan ujian yang kau turunkan pada ku.. berat untuk aku menghadapi semua ini seorang diri Ya'allah.
aku berterima kasih kerana engkau hadiahkan untuk aku keluarga yang sangat memahami aku dan terlalu berjasa dengan ku..

Ya'allah , kau kurangkan la beban yang aku tanggung ini ,
kau ampunkan lah dosa ku..
kau berkatilah diri ku dan keluarga ku.
kau tunjukkanlah jalan yang lurus jalan yang engkau redhoi,
limpahkanlah rezeki buat ku dan keluarga ku,
lepaskanlah kami dari dibelenggu hutang yang melampau ya 'allah..
 aku mohon pada mu tunaikan lah permintaan ku ini ya allah.

hanya kepada mu aku meminta dan kepada mu aku memohon ampun..
salam dan selawat ke atas baginda S.A.W.

amin ya'rabbal alamin..............