Jumaat, 5 Oktober 2012

TERIMA LAH CORETAN DARI KU KHAS BUAT DIRIMU.


Dulu kau tak pernah hargai kehadiran aku..
kau tak pernah muncul ketika aku perlukan kau..
kau fintah aku sedangkan kau tau siapa aku...
kau langsung tak ambil peduli ketika maruah aku di lambung2
oleh orang yang tak pernah kenal aku...

bagaikan jatuh ditmpa tangga..
tergelincir dari tangga teratas..
kau cipta bahagia atas kekecewaan orang lain..
tapi aku...bagaikan hilang segalanya..
seperti hidup didunia sendiri..
tercari - cari dimanakah diri aku...

tuhan sentiasa menyayangi hamba hambanya...
aku kembali mendaki tangga satu persatu
dengan kudrat yang ada.. walaupun dugaan hidup ku tak pernah putus..
aku bersyukur dengan apa yang terjadi...
allah tak ingin aku hanyut di dunia yang fana ini...
aku bersyukur atas petunjuk yang diberiNYA..

tuhan tu maha adil , maha kuasa dan maha melihat 
apa yang terjadi pada hamba -hambanya..
kini aku sangat bahagia bersama keluarga tercinta..
bersama rakan yang sentiasa memberi sokongan pada aku..
hidup ini memang tak lekang dari ujian termasuk aku...

Dan kini kau datang lagi mencari aku
yang sememangnya tidak perlukan kehadiran kau...
aku tak pernah doakan apa-apa untuk kau... 
aku percaya tuhan tu maha adil...
aku percaya kau akan dapat balasan setiap fitnah yang kau tabur pada ku dulu.

harapan aku ketika ini...
jangan la kau cari aku kembali...
bahagiakan lah isteri yang kau cinta mati ketika dulu..
biar la rasa cinta itu kekal ke syurga..
aku tak salahkan kau..
sebab Tuhan nak uji aku melalui dia dan kau 
antara watak penting dalan babak hidup kau...
walaupun dia pernah tabur fitnah dan melambung maruah ku..
aku tetap maafkan dia dan kau.... tapi sayangnya..
aku tak boleh terima kehadiran kau walaupun sesaat..
kerana itu akan memburukkan lagi keadaan dan semestinya 
aku tak boleh lupa apa yang berlaku sebelum ini...
itu akan menambahkan lagi kebencian aku pada kau...

aku inginkan hidup baru bersama orang baru....
maafkan aku.....  :-((( 

Ahad, 19 Ogos 2012

MAAF..SeMuDaH A..B..C..????

NASIHAT PAKAR MOTIVASI >>>> maafkan seseorang dengan hati yang ikhlas dan redho dengan ape yang berlaku..Allah bagi musibah dan menguji seseorang sebab allah nak bagi kesenagan dan ketengan pada kita di kemudian hari <<<
dengan maafkan seseorang hati jadi tenang, jiwa murni,minda jadi positif dan badan sehat...

Itu nasihat pakar...macam mana pula pandangan korang pasal hal nie???senang ke nak maafkan seseorang yang menyakitkan hati kita???kalau kesalahan tak besar tak per la kan nak maafkan...macam mana kalau kesalahan yang melibatkan maruah diri dan keluarga korang??? contoh terdekat ialah mangsa rogol??? 
mungkin setengah mangsa rogal yang mana kuat iman nyer dapat memaafkan si perogol..tapi tidak pada mangsa yang lemah semangat dan iman nyer..yang troma sentiase dibayangi kisah hitamnyer..

Itu pendapat saya sendiri setelah mengenali secara dekat mangsa-mangsa rogol...bukan saja kes rogol..tapi banyak masalah dalaman yang tidak terluah, akibat nye dendam yang bermaharajalela di segenap nadi kita.Saya MINTA MAAF pada pakar-pakar motivasi, bukan niat saya untuk perlekehkan nasihat pakar.. saya sangat setuju dengan nasihat yang diberikan..jika maafkan seseorang hati akan jadi tenang..dan saya sendiri memang senang memaafkan kesalahan orang sehinggakan rakan-rakan marah dan geram pada saya kerana tidak mengendahkan  orang yang menyakiti saya....bukan saya buat tak tahu..tapi saya malas nak gaduh rase macam budak budak pula.. tapi ade part yang saya tak dapat nak kawal perasaan marah dan akan terlempias semua...ada juga part dimana sehingga kini saya tak dapat nak maaf kan seseorang yang telah menganiayai dan menyakiti saya sehinggakan maruah saya tercalar suatu ketika dulu..saya dah cube untuk memaafkannya tapi bila teringat saya akan jadi sakit yang teramat sangat dan sehingga kini saya tak boleh dengar nama dan cerita mengenainye....saya tak dendam tapi saya tak dapt lupakan ape yang telah dilakukan dan rasa malu dengan diri sendiri dan ALLAH.

Itu keadaan saya bila tak dapat memaafkan orang..walaupun telah cuba semua cara, kita akan tenang dan lupa seketika tetapi...akan rasa marah dan teramat benci bila mengingatinya...macam tu juga dalam kes bunuh, penceraian, putus cinta dan macam - macam kes sekarang nie. Itu di malaysia..bagaimana pula di luar negara?peperangan contohnya, anak - anak kecil menjadi mangsa...bagi anak kecil yang kematian ibu ayah di depan mata lalu dia membesar dalam keadaan dendam dan ingin membalas dendam..(jihath). bila korang mengalami kes - kes seperti nie..mesti orang akan nasihat..." AKU FAHAM KEADAAN KAU TAPI MAAFKAN LAH DIA, SEMUA YANG TERJADI BUKAN KEHENDAK DIA", atau mungkin juga bunyi macam nie.
" DIA SEBENARNYATAK SEDAR APA YANG DIA BUAT TU SALAH, DIA IKUTKAN NAFSU"..
 dan sebenarnya mereka tak faham apa yang kita alaminya..

Bunyinya senang je kan...perkataan MAAF tu semudah A..B..C.. 
kita boleh lafas" AKU MAAFKAN KAU"tapi untuk memaafkan seseorang dari hati yang tulus iklas terlalu sukar..Bagi ku perkataan MAAF tu indah dan senafas jika dilafaskan..tetapi sukar dimengertikan dilubuk hati terlalu dalam bagi sesetengah umat di dunia ini..

*saya dah lama maafkannya..tetapi terlalu sukar untuk melupakan perbuatannya*,

Rabu, 1 Ogos 2012

CiNtA WaNiTa SoLeHa.....


Wanita sholeha jarang sekali di perebutkan,
Karena ia bukan untuk di perebutkan tapi perlu perjuangan Ûñtûk mendapatkannya.
Karena kecantikannya berada di dalam, bukan kecantikan luar yang di pertontonkan sehingga membuat lelaki tergila-gila dan menggoyahkan Iman...

Wanita sholehah tidak hanya sekedar berkerudung, tapi BERJILBAB tuk menutup aurat.
Mengenakan pakaian yang tidak menampakkan lekuk tubuh, bukan berkerudung tapi telanjang.
Mengenakan pakaian yang tidak tipis, meskipun didunia ini panas tapi ia lebih takut dengan panasnya api neraka.
Tentu tidak membuat lawan jenisnya mencuri-curi pandangan terhadap tubuhnya itu.

Wanita sholeha tak kan mudah terlena karena rayuan, sebab ia selalu menjaga dari interaksi yang berlebihan.
Tak kan mudah tergiur dengan harta dan kedudukan, karena ketaqwaan yang menjadi acuan.
Tak kan mudah terbuai oleh wajah yang rupawan, karena ia selalu menjaga pandangan.
Tak kan pernah tertipu oleh cinta yang membutakan, karena keimanan yang menjadi kriteria utama pria idamannya.

Wanita sholehah akan memilih AGAMAnya,
Mengapa harus memilih AGAMAnya..?
Sungguh lelaki soleh itu jika ia suka maka ia akan selalu berusaha menghormati dan membahagiakan istrinya.
Namun jika ia tidak suka, Sungguh ia tidak akan mendzaliminya karena akhlak dan keimanannya akan mencegahnya berbuat itu. Insya Allah

Selasa, 31 Julai 2012

Cinta Beralih Arah :

Sendiri dalam Sepi malam ke pagi
Mencari jawapan Berputar-putar

Soalan bertemu soalan 
Penawar yang Ku beri kiranya racun
Sebagai balasan Hilangkah budi
Oleh kejahilan

Ku persembah Intan dan permata
Tapi bagimu Kaca tak berharga
Demikian berbezanya
Penilaian kita

Kelopak berseri Di tanganmu
Berderaian layu Lalu...
Ku kutip semula Sisa cinta
Dan beralih arah Pada Yang Esa

Walau diri hina Tak berharga
Tetap diterima Kelopak kelayuan
Dipulihkan Akhirnya kembali
Keyakinan Pada diri...

Khamis, 26 Julai 2012

MY FAVORITE SONGS : Everlasting Love - gerard joling

kali petama aku dengar lagu nie... rase nak nangis je..walaupun aku tak faham sangat lagu nie..time tu umur aku baru 14 tahun..dulu siap record kat kaset...bile pindah rawang terus hilang kaset tu..dan aku cube cari tajuk and penyanyi lagu nie..tapi aku tak tau...nak pecah gak la pale aku pikirkan tajuk lagu nie..sebabnye yang aku tau lirik die je.tanye member semua cakap tak penah dengar lagu nie...time aku sekolah dulu ade la gak selalu dengar kat radio 3 shah alam time tu..tapi skang langsung dah tak dengar..sehingga la kelmarin aku nekad cari dalam youtube..kot2 ade ke kan...x sangka aku ade...punye la lame aku godek2.. akhirnye berjaya gak jumpe lagu nie..seronok cam jumpe orang kesayangan..huhuhuhu..
ape pun aku hapy sangat dapt downlod lagu nie supaya aku slalu dengar lagu nie... ;-)

Everlasting Love - gerard joling

Selasa, 24 Julai 2012

ORANG ALIM vs ORAANG BIASA

Assalamualaikum pada semua pembaca budiman..terima kasih kerana sudi baca and singgah di blog sy..Belum terlambat lagi untuk saya ucapkan SELAMAT BERPUASA pada umat islam seluruh dunia..
mari sama-sama kita mencari keredhoan dari ilahi dan sekali gus mengharapkan pengampunan dari ilahi.. 
amin..


Kali nie saya nak ketengahkan  isu orang alim yang bajed bagus
dengan orang biase.. saya harap pembaca faham maksud sy...korang semua mesti penah jumpa orang camnie kan? kadang- kadang saya rase meluat pun ade..tapi bukan la semua yang bersifat camtu...saya tak tau cam mane ngn pihak lelaki..tapi saya yang mewakili kaum perempuan dapat bezakan yang mane permata yang mane kaca..


saya menceritakan tentang pengalaman saya sendiri bila bergaul antara orang biase ngn orang alim..bukan nak merendahkan martabat orang alim..tak terniat sekali pun untuk mengutuk mereka..cuma rase yang terkilan dan hina sangat bila berada dikalangan mereka.. tak disangkal memang mereka melakukan kewajipan yang dituntun oleh allah dan sunnah nabi.. tapi tanpa mereka sedar ade insan yang memerlukan perhatian mereka...yang  memahami insan-insan ini , mereka akan membimbing insan ini ke jalan yang benar.. tapi sebaliknya yang tidak memahami atau buat-buat tak paham akan terus mengutuk dan terus lari dari insan-insan  ini..


untuk pengetahuan pembaca..saya nie hanya la insan biase yang lahir dari keluarga susah.. kami belajar dari kepayahan hidup dan bangkit dari kelemahan..kami cuba perbaiki diri dan sentiase menyedarkan diri... ibu dan ayah adalah pendokong kami... saya anak ke tiga dari 5 beradik yang bertuah atas kepercayaan ibu dan ayah yang membenarkan sy berdikari dan kerja diluar... selama 10 tahun saya merantau dan berjumpa dengan pelbagai orang dan ragam...saya cuba untuk bergaul dengan minah purda dan saya sendiri pernah memakai purda untuk diri sendiri..tapi malangnye ia hanya la sementara kerana saya tak dapat untuk menghipokrikkan diri sy... luaran saja bertutup litup tapi dalaman hanya tuhan saja tahu.. megutuk dan menghina orang sesuka hati..saya sentiasa berdebat dengan mereka yang tidak memahami naluri manusia biasa sepeerti sy...


pernah suatu hari lepas kelas agama, saya ngan geng kelas agama pergi kedai makan.. geng kelas agama saya terdiri dari orang tua tua hingga la sebaya saya..dalam kedai makan satu sudut ada sekumpulan
remaja skali pandang nampak macam budak baru lepas SPM.. dalam kumpulan remaja tu ada 3 ' 4 orang perempuan yang berpakaian seksi dan berpelukan sambil mengisap rokok..seperti ingin menarik perhatian pengunjung kedai tu.. saya tengok pun jelik tapi dah biasa tengok budak budak camtu..lagi terok saya pernah tengok.. apa yang saya kesalkan kat sini geng sekelas saya mengutuk dan menghina habis-habisan bila tengok remaja nie..siap keluar mak bapak dan keturunan..aduhhh camnie ke cara oang alim zaman skang pandang remaja zaman skang??? pernah sekali saya memakai seluar jens, t-shrt labuh biasa ngan suiter dan tudung seperti biasa...pun kena kutuk dan kena singkir dari grup...aduhh sedih nye... hina sangat ke???di saat tu saya terpandang anak-anak yang mereka bawa...  


nasihat saya pada orang alim..jangan la pandang kami dari luaran... cuba la selami hati kami yang mendambarkan kepimpinan orang-orang alim seperti kalian..tak bayak yang kami minta..cuma jangan pandang hina pada kami...kami tau orang akan menilai kita dari luaran tapi jangan la kami disingkirkan seperti  itu..sedangkan nabi sendiri mengauli dan mendekatkan diri dengan kafir..nabi membawa secara lembut.. bukan seperti itu... bantu kami bawa kami ke jalan lurus... itu pinta saya..


* tengok kelemahan sendiri sebelum mengata orang *
wassalam..

Rabu, 18 Julai 2012

KISAH MINAH NON MUSLIM AND MUSLIM...


Pada suatu hari di sebuah restoran ..
RANI  : kenape perempuan tu pakai camtu??, tutup semue dari atas sampai bawh..cam ninja je... ?(purda)


sambil kedua- dua sahabat melihat ke arah keluarga arab,


ZILLA :hahaha kau nie.. biar la die..die rase selesa pakai camtu..lagi pun memang dah kewajipan perempuan muslim tutup aurat dari atas hingga ke bawah..


RANI : tapi takkan la sampai camtu...boleh bernafas ke die??? camner die nak makan minum??


ZILLA : kalau dah biasa pakai takkan rase lemas punye...cube kau tengok camner die makan..
die selak sikit and makan...


RANI : kenapa kau tak pakai camtu??kau pun muslim cam die gak..pakai tudung gaak tapi tak cam  die..die arab ke atau die ingat nie negara arab??heee, kalau aku cakap kau jangan ambil hati tau..ini kan malaysia cuaca sini ngan negara arab lain..kalau kat malaysia tak tutup camtu pun takpe..perempuan negara arab tutup semua sebab cuaca sana terlalu panas and berdebu... cube kau tengok perempuan arab kalo datang malaysia.. tak semue tutup kan..


ZILLA : betol jugak ape yang kau cakap..tapi pakai purda lagi selamat and tak timbul fitnah...aku tak pakai camtu sebab aku bukan dilahirkan dari keluarga berpurda..so aku camnie je la..asal tutup aurat and tak timbul fitnah sudah...tapi kalo ade kesempatan aku teringin nak pakai cam perempuan tu..biar orang tak kenal sape aku... ;-)

Isnin, 25 Jun 2012

IBU TUNGGAL YANG BERJAYA DI MATA AKU

Menitis air mata ku tatkala mendengar beliau ngatakan 
"ANAKANDA , BONDA SAMBUT KEDATANGAN ANAKANDA DENGAN UCAPAN SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W.",
di iringi paluan kompang dari anak anak murid tahfis diketuai oleh beliau sendiri dan  mengalunkan selawat ke atas junjungan nabi muhammad s.a.w. serta bacaan ayat suci allah...


Dari jauh aku lihat beliau berdiri di atas pentas pelamin menghadap anak menantunya serta puluhan jemputan di dewan. sungguh berseri wajah si ibu tunggal yang membesarkan sendiri 4 putera dan 1 puteri dengan berlandaskan syaria islam dan sunnah...


Terimbas kembali kisah beliau. pahit manis yang beliau lalui bersama 5 orang anak yang sentiasa di pulau oleh keluarga sendiri,tiada tempat untuk berteduh..beliau pernah berumahkan surau dan masjid.. jatuh bagun beliau sendirian bersama anak2 beliau..hanya tuhan dan sahabat sejati tempat mengadu...
dan kini beliau berjaya dengan jayanya membesarkan anaknya hingga ke menara gading dan si kecil menuntut di sekolah tahfis..
  Setelah lebih 10 tahun kini sekali lagi aku melihatnya dengan bangga membuat persembahan khas pada majlis perkhawinan anak sulong nya sendiri...aku sebak bukan sebab beliau membuat persembahan tetapi aku sebak melihat kejayaannya yang kini semakin melebar dengan berkat usaha dan doa yang tidak putus2..


Beliau yang aku maksudkan ialah sahabat sejati ibu ku..dari kecil aku mengenalinya ,beliau pernah mengajar, bermain bersama , tidur bersama ,suka duka dilalui bersama ibu dan sahabatnya..cukup lah beliau dikenali sebagai ibu tunggal yang mempunyai 5 anak yang berjaya di mata aku dan kenalan beliau..Dialah wanita yang cekal dan tabah hadapi segala rintangan dan dugaan..


Ya'Allah kau tabahkanlah hati ku sebagaimana kau tabahkan hati para isteri2 nabi serta wanita2 dizaman nabi.. amin ya rabbal alamin.

Sabtu, 9 Jun 2012

susah untuk aku melupakan semuanya...
biarpun aku cuba untuk selindung dari semuanya..
namun aku tetap akan mengingatinya....

"Ya Allah...tolong lah aku ya allah..
tolong lah hamba mu yang tersangat lemah ini ya allah...
tolong la jauhkan semuanya dari aku...
terasa diri ku hina disisimu ya allah...

ya allah hilangkan lah sifat dendam dalam diri ku..
ya allah hilangkan lah sifat benci aku pada insan2 yang melukakan hati ku..
ya allah bantu la aku untuk menjadi seorang wanita yang solehah...
amin ya rabbal alamin
....

Khamis, 9 Februari 2012

Ada sesuatu ingin kukatakan 
Kuharap engkau dapat mengertikan 
Selama ini dirimu kusayang 
Walaupun kau tidak percaya 

Tak guna aku memaksa dirimu 
Untuk percaya segala kataku 
Kiranya engkau fahami hatiku 
Tentunya kau akan menyedari 

Aku merasa sungguh indah bersamamu tiap waktu 
Kita bermesra... marah dan sayang 
Rajuk dan rindu 
Walaupun kita pernah merasa terluka dan terkilan 
Namun hatiku masih menyintaimu sayang 

Alangkah indah kehidupan ini 
Seandai engkau terus bersamaku 
Kiranya aku menyinggung hatimu 
Maafkan diriku... oh sayang 

Aku merasa sungguh indah bersamamu tiap waktu 
Kita bermesra... marah dan sayang 
Rajuk dan rindu 
Walaupun kita pernah merasa terluka dan terkilan 
Namun hatiku masih menyintaimu... sayang 

Alangkah indah kehidupan ini 
Seandai engkau terus bersamaku 
Kiranya aku menyinggung hatimu 
Maafkan diriku... oh sayang 

Andainya aku hilang di matamu 
Ingatku dalam doamu