Ahad, 19 Ogos 2012

MAAF..SeMuDaH A..B..C..????

NASIHAT PAKAR MOTIVASI >>>> maafkan seseorang dengan hati yang ikhlas dan redho dengan ape yang berlaku..Allah bagi musibah dan menguji seseorang sebab allah nak bagi kesenagan dan ketengan pada kita di kemudian hari <<<
dengan maafkan seseorang hati jadi tenang, jiwa murni,minda jadi positif dan badan sehat...

Itu nasihat pakar...macam mana pula pandangan korang pasal hal nie???senang ke nak maafkan seseorang yang menyakitkan hati kita???kalau kesalahan tak besar tak per la kan nak maafkan...macam mana kalau kesalahan yang melibatkan maruah diri dan keluarga korang??? contoh terdekat ialah mangsa rogol??? 
mungkin setengah mangsa rogal yang mana kuat iman nyer dapat memaafkan si perogol..tapi tidak pada mangsa yang lemah semangat dan iman nyer..yang troma sentiase dibayangi kisah hitamnyer..

Itu pendapat saya sendiri setelah mengenali secara dekat mangsa-mangsa rogol...bukan saja kes rogol..tapi banyak masalah dalaman yang tidak terluah, akibat nye dendam yang bermaharajalela di segenap nadi kita.Saya MINTA MAAF pada pakar-pakar motivasi, bukan niat saya untuk perlekehkan nasihat pakar.. saya sangat setuju dengan nasihat yang diberikan..jika maafkan seseorang hati akan jadi tenang..dan saya sendiri memang senang memaafkan kesalahan orang sehinggakan rakan-rakan marah dan geram pada saya kerana tidak mengendahkan  orang yang menyakiti saya....bukan saya buat tak tahu..tapi saya malas nak gaduh rase macam budak budak pula.. tapi ade part yang saya tak dapat nak kawal perasaan marah dan akan terlempias semua...ada juga part dimana sehingga kini saya tak dapat nak maaf kan seseorang yang telah menganiayai dan menyakiti saya sehinggakan maruah saya tercalar suatu ketika dulu..saya dah cube untuk memaafkannya tapi bila teringat saya akan jadi sakit yang teramat sangat dan sehingga kini saya tak boleh dengar nama dan cerita mengenainye....saya tak dendam tapi saya tak dapt lupakan ape yang telah dilakukan dan rasa malu dengan diri sendiri dan ALLAH.

Itu keadaan saya bila tak dapat memaafkan orang..walaupun telah cuba semua cara, kita akan tenang dan lupa seketika tetapi...akan rasa marah dan teramat benci bila mengingatinya...macam tu juga dalam kes bunuh, penceraian, putus cinta dan macam - macam kes sekarang nie. Itu di malaysia..bagaimana pula di luar negara?peperangan contohnya, anak - anak kecil menjadi mangsa...bagi anak kecil yang kematian ibu ayah di depan mata lalu dia membesar dalam keadaan dendam dan ingin membalas dendam..(jihath). bila korang mengalami kes - kes seperti nie..mesti orang akan nasihat..." AKU FAHAM KEADAAN KAU TAPI MAAFKAN LAH DIA, SEMUA YANG TERJADI BUKAN KEHENDAK DIA", atau mungkin juga bunyi macam nie.
" DIA SEBENARNYATAK SEDAR APA YANG DIA BUAT TU SALAH, DIA IKUTKAN NAFSU"..
 dan sebenarnya mereka tak faham apa yang kita alaminya..

Bunyinya senang je kan...perkataan MAAF tu semudah A..B..C.. 
kita boleh lafas" AKU MAAFKAN KAU"tapi untuk memaafkan seseorang dari hati yang tulus iklas terlalu sukar..Bagi ku perkataan MAAF tu indah dan senafas jika dilafaskan..tetapi sukar dimengertikan dilubuk hati terlalu dalam bagi sesetengah umat di dunia ini..

*saya dah lama maafkannya..tetapi terlalu sukar untuk melupakan perbuatannya*,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan