Ahad, 13 September 2015

TRAGEDI MAKKAH 12 SEPTEMBER 2015

Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.

Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu. Sangat menyayangimu.

Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya. Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya. #pray4makkah
#pray4alljamaahhaji

Selasa, 8 September 2015

HATI , AKAL & NAFSU

Akal : Hati.. kenapa kau menangis?

Hati : Takde ape.. Saje je...sebab dah lame tak nangis camnie... ( sambil tersenyum)

Akal : Jangan nak tipu la.. macam la aku baru kenal kau setahun dua, mesti ada sebab.. cerita la.. mana tau aku boleh tolong...

hati : betul takde apa...  cuma kadang2 hati cuba untuk jadi kuat, hati cuba untuk jadi seorang yang sabar dan lemah lembut . tapi tak boleh.. hati tak kuat.. hati tewas ngn nafsu sendiri dan akhirnya hati juga yang terkulai..

Nafsu : Hati , jangan la salahkan aku semata , sebab aku dijadikan allah memang untuk mengoda setiap makhluk di muka bumi ini. memang itu tugas aku. aku menjalankan tugas yang diberi.

Akal : betul ,hati aku bersimpati dengan kau. macam mana pon kau kena juga kuat.. tak boleh lemah, kuat kan iman kau.. allah menguji setiap hamba yang dikasihi.

Hati : ya, itu yang tuan aku cuba lakukan.. aku kena kuat untuk tuan aku walaupon hati sendiri tersunggur dan tak sanggup tengok nasib tuan aku, kena kuat juga..

dalam hati, aku tak kuat ya allah, kau kuatkan la hati aku.. izinkan aku berbicara dengan hatiku sendiri.. hati ku dah penat menagis... kau permudahkan la tuan ku ya allah.

Jumaat, 4 September 2015

BAHAGIALAH KAU BERSAMAMYA.

kenapa mesti kau yang aku sayang dan rindu.. kenapa mesti kau yang muncul dalam setiap detik dan tidur ku.. allah.. tolong la aku... aku tak mampu nak singkir die dalam hati ku... puas aku usir sekeras kerasnya supaya tak berpaut sayang padanya, tapi tak boleh sebab dia sentiasa dihadapan ku... tolong aku ya allah, aku tau die bukan milik aku die hak orang..  kuatkan hati aku agar sayang dan rindu ku hanya padamu ya allah bukan pada manusia dan duniawi.. berilah aku peluaNg untuk merasa bahagianya hidup bersama orang yang aku sayang... 

semoga dia bahagia dengan kehidupannya sekarang hingga ke jannah.. amin..