Isnin, 25 Jun 2012

IBU TUNGGAL YANG BERJAYA DI MATA AKU

Menitis air mata ku tatkala mendengar beliau ngatakan 
"ANAKANDA , BONDA SAMBUT KEDATANGAN ANAKANDA DENGAN UCAPAN SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W.",
di iringi paluan kompang dari anak anak murid tahfis diketuai oleh beliau sendiri dan  mengalunkan selawat ke atas junjungan nabi muhammad s.a.w. serta bacaan ayat suci allah...


Dari jauh aku lihat beliau berdiri di atas pentas pelamin menghadap anak menantunya serta puluhan jemputan di dewan. sungguh berseri wajah si ibu tunggal yang membesarkan sendiri 4 putera dan 1 puteri dengan berlandaskan syaria islam dan sunnah...


Terimbas kembali kisah beliau. pahit manis yang beliau lalui bersama 5 orang anak yang sentiasa di pulau oleh keluarga sendiri,tiada tempat untuk berteduh..beliau pernah berumahkan surau dan masjid.. jatuh bagun beliau sendirian bersama anak2 beliau..hanya tuhan dan sahabat sejati tempat mengadu...
dan kini beliau berjaya dengan jayanya membesarkan anaknya hingga ke menara gading dan si kecil menuntut di sekolah tahfis..
  Setelah lebih 10 tahun kini sekali lagi aku melihatnya dengan bangga membuat persembahan khas pada majlis perkhawinan anak sulong nya sendiri...aku sebak bukan sebab beliau membuat persembahan tetapi aku sebak melihat kejayaannya yang kini semakin melebar dengan berkat usaha dan doa yang tidak putus2..


Beliau yang aku maksudkan ialah sahabat sejati ibu ku..dari kecil aku mengenalinya ,beliau pernah mengajar, bermain bersama , tidur bersama ,suka duka dilalui bersama ibu dan sahabatnya..cukup lah beliau dikenali sebagai ibu tunggal yang mempunyai 5 anak yang berjaya di mata aku dan kenalan beliau..Dialah wanita yang cekal dan tabah hadapi segala rintangan dan dugaan..


Ya'Allah kau tabahkanlah hati ku sebagaimana kau tabahkan hati para isteri2 nabi serta wanita2 dizaman nabi.. amin ya rabbal alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan