Jumaat, 22 November 2013

JoDoH oH JoDoH....

HaTi oh HaTi.. sukar untuk ditafsirkan tentang hati dan perasaan.. tak semestinya ape yang korang rase sama dengan ape yang aku rasa.. camtu juga korang.. walaupun ape yang berlaku sama dan serupa.. tapi ape yang kita rasa tak sama sekali.. penah rasa tak camtu?mestilah pernah kan.. kadang-kadang tengok member sebelah nasib sama je ngn kita.. tp dia cekal and tabah..diam je.. kita pula rasa lemah tak bermaya.. kadang nak wat keja pun takde mod.. tau tak , sebenarnya member sebelah tu lebih lemah dan tak bermaya dibelakang kita.. cuma dia tak pernah tunjuk pada kita.. itu la yang aku maksudkan..

bila buka je cerita tentang hati.. automatic akan dikaitkan dengan cinta dan paling tepat jodoh..pantang aku buka citer pasal hati mesti pekara ini yg dikaitkan...rasa rimas pun ada gak..tp nak wat camner.. mulut tempayan boleh ditutup, tp mulut orang susah nak ditutup.. jawab la kau camner pun..soalan tetap di ajukan walaupun dah masuk 100 kali soalan yang sama.. "kau bila lagi?? " haa nampak tak permainan die.. lebih
lebih lagi bila ade adik beradik atau sedara-mara terdekat yg nikah.. memang jenuh la nak menghadap kan..

bila tengok orang buat persiapan kawin..terasa la plak aku yang nak kawin.. (hai menyebuk je awak tu..) huhuhu sape tak teringin nak kawin dik oooiii.. cubu habaq mai.. mulut je ckp tak nak hati mau.. semua orang nak merasa hidup bahagia , mana ada orang nak merasa hidup derita, cuma salah pilih jalan je..korang pernah tengok tak pasangan suami isteri warga cina tua.. pergi mana2 pon berdua.. siap pimpin tangan tolong ambikkan barang.. memang terasa ,tengok dieorang pon dah tau untie ngan uncle nie bahagia, aku nak macamtu sampai aku tua.. kalau boleh sampai aku mati aku nakkan kebahagian tu..cuma nya aku takut tak dapat buat yang terbaik dan aku paling takut kalau aku tak dapat tunaikan setiap permintaan zahir dan batinnya..dan disebabkan itu dia berpaling tadah.. itu yang aku takutkan..tapi aku percaya dengan ketentuan illahi dengan ape yang dirancangkan untuk aku....

siapa jejaka itu..? aku akan tunggunya hingga ke akhir nafas ku.. jawapan ku.. jodoh ada dekat dengan ku.. cuma aku tak nampak lagi... tuhan simpannya dan akan dipertontonkan pada masa yang sesuai..sekarang nie tiba untuk adik ku melangkah ke alam kebahagiaan setelah menempuhi dunia yang berliku- liku..aku harap dan doakan kebahagiannya didunia dan akhirat. aku akan rasa sunyi lepas nie..dah takde teman gaduh sebelum tido pasnie.. huhuhuhu gaduh ngan mak je la pasnie sebelum tido..  ( gaduh2 sayang) dan aku akan teruskan langkah ku sebagai wanita berkerjaya... chewwahhhh....

 pada yang dah bertemu jodoh yang akan melangkah ke alam perkhawinan tu, aku ucapkan selamat beribadat.. maksud aku selamat menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dan mak ayah pada anak2 kalian.. terima la pasangan anda seikhlas yang mungkin.. itu yang terbaik allah ciptakan untuk anda..

assalamualaikum.. (~___^)