Isnin, 22 Jun 2015

Merenung Bulan 

Terleka aku melihat kemesraan

Mereka berpasang-pasangan
Bersenda keriangan
Bertanya aku pada diri sendiri
Mengapa kutersisih
Diulit mimpi sedih

Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan

Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti
Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan

Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga
Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan

Rabu, 17 Jun 2015

SALAM SATU RAMADHAN 2015

Assalamualaikum... dah lama tak update blog nie... ingat nak story macam2  sebelum puasa.. tapi hampeh.. sampai ke la nie dh masuk puasa malam ke 2 pon, baru nak update.. huhu .. Al-maklum la.. busy women katakan... cek nie takde pon story yang hot2 pon, biasa2 je sekadar renungan bersama..

Sebelom tu cek just nak ucapkan selamat beramal ibadat dan selamat berpuasa... semoga tahun nie cek puasa penuh la cam tahun2 sebelom nie... huhu ( cam dapat je puasa penuh kan.. )

Semoga kita dapat tingkatkan amalan serta mensucikan zahir batin kita, dan diterima allah ..

" YA ALLAH, AKU PANJATKAN DOA KU PADA MU, KAU AMPUNKAN LAH SEGALA DOSA2 KU DAN KEDUA IBU BAPA SERTA KELUARGA KU, KAU SUCIKAN LA ZAHIR BATIN KU DAN MERAKA, TERIMA LA TAUBAT KU DAN PELIHARA LA MEREKA SERTA MURAHKAN LA REZEKI MEREKA , TERANGI LA KUBUR ARWAH DATOK NENEK DAN MOYANG KU, CUCURILAH RAHMAT KE ATAS ROH MEREKA SERTA NABI MUHAMMAD SWA, AMIN YA RABBAL A'LAMIN.. "

Jangan lupa baca niat puasa .. ��