Jumaat, 4 Januari 2013

SELAMAT TINGGAL 2012, DAN SELAMAT DATANG 2013

Asalamualaikum pada sahabat2 sekalian, dah lama aku tak update blog ini dan baru hari ini aku berkesempatan untuk update dan mengucapkan ribuan terima kasih pada blogger2 lain yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ni.
Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013, zaman yang semakin mencabar diri kita kan..?  lebih2 lagi yang dah berumah tangga apatah lagi yang dah punyai anak yang di panggil anak zaman siber. 

TAHUN 2012

Semua yang hidup pasti ada kenangan tersendiri , tak kira pahit manis masam dan lain2..tak ketinggalan juga aku.. kenagan pahit melebihi kenangan manis dalan tahun 2012 ni apa pun itu la yang mematangkan fikiran dan kehidupan aku.. semuanya mengajar aku erti kehidupan dan kembali ke fitrah sebenar. semuanya akan aku simpan dalam lipatan buku sejarah dan tak akan aku buka kembali buku itu.

TAHUN 2013

Tak tahu apa yang bakal berlaku pada tahun ini. lebih manis dari pahit ?? atau sama saja..semua ketentuan ilahi dan aku sedia terimanya jika itu lah yang ditentukan untuk aku. 2013 aku panggil zaman siber. walaupun tahun2 sudah pun orang cakap zaman siber tp bagi aku tahun ni lagi siber. budak yang baru memcecah 3 tahun pun dah pandai guna tab and hp canggih..kalau sebelum ni aku tengok tak lah ramai mana budak yang guna tab, tapi sekarang ni dimana-mana ja aku pergi aku mesti jumpa 1 or 2 budak yang asyik guna tab,hp canggih or l.top...rasa cam aku plak yang ketinggalan..apa pun ibu bapa yang mencorakkan anak2 zaman siber ni.. kalo di ajar panggil mak..mak la bunyinya, tapi kalau di ajar panggil ummi, ummi la bunyinya. Apa pun ini adalah tahun untuk aku perbaiki diri dan kehidupan aku, dengan sokongan yang diberi aku akan terus perbaiki dan perbaiki diri aku..

SELAMAT TINGGAL 2012,akan ku simpan semua dalam buku kenangan,
SELAMAT DATANG & SALAM PERKENALAN PADA 2013,
semoga ada sinar baru dalam kehidupan kita semua,
ASSALAMUALAIKUM. (^__^)