Ahad, 28 Disember 2014

Selamat Tinggal 2014

2014..

Kehadiran mu dinanti penuh debaran..
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan..mengharap sinar, harapan dan senyuman..

Namun siapa sangka..KAU menduga, KAU menguji kami penuh dengan cabaran

Feb - April 2014..
Empangan kami kering..
Alam tidak sudi memberi kami air..
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya. Mengajar kami untuk tidak membazir..

Tidak cukup dengan itu..
Alam seolah-olah memarahi kami..
Jerebu menduga kami..Seksanya hidup menghirup udara kotor.. mungkin dari kesilapan kami sendiri..

Mac 2014..
Perginya MH370 tanpa berita..
Perginya penuh tanda tanya..
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak..

Julai 2014..
Ketika umat islam menikmati ibadah puasa dan kemeriahan aidilfitri kian dirasai. Hati kami bagai direntap..
Perginya MH17 tidak kembali..
Kami terduduk, menangisi dan meratapi perginya MH17 seolah-olah orang tersayang berada disana..

Satu persatu KAU bongkarkan..
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa..
Kebocoran soalan UPSR..
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa..

Disember 2014
Kami menangisi setiap gambar yang kami tetapi..Air yang membawa kemusnahan.. meruntun hati kami..
Namun kami tahu, ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu..

Kini..
Saudara kami QZ8501 menghilang disebalik awan.. membuat kami ternanti-nanti. Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17..

Betapa KAU sayangkan kami..
KAU hantarkan petanda MU..
KAU hantarkan petunjuk MU..
KAU hantarkan ujian MU..
Supaya kami mengigati MU..
Supaya kami tidak lupakan MU..

Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petanda MU kepada kami..
Namun...
Tetap juga kami buta..
Buta dalam menilai cinta agung MU..

Kami alpa kepadaMU..
Kami jauh dariMU..
Kami kejam dengan bumi..
Kami abaikan saudara kami..
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami..

2015..
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami..
Bawalah air mata mu 2014..
Pergilah bersama deritamu 2014..
Bersihkanlah kesan hatimu 2014..
Kami pasrah..
Kami redha...

Tuhan..
Terima kasih atas kasih sayang MU..

MH370.. Kami masih  menanti mu.
MH17 & QZ8501.. semadilah dengan tenang disana..
Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu.. kuatkanlah hatimu..

Buat semua pengajaranmu , terima kasih 2014...
Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku..

Mulakan tahun 2015 dengan bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum...

Isnin, 27 Oktober 2014

Hijjrah 1436

Assalamualaikum , belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut awal muharram. Iaitu tahun baru islam..
Alhamdulillah dan syukur pada allah kerana memberi peluang pada aku untuk bernafas dimuka bumi ini.. terima kasih ya,allah kerana memberi peluang untuk aku berhijrah ke jalan mu syukur juga kerana  dapat kawan yg tidak lupa pada mu..Tahun baru aku ingin menjadi yg baru.. akan aku laksanakan dengan pimpinanmu.... amin ya rabbal alamin...

Jumaat, 24 Oktober 2014

Assalamualaikum my friends....
Selamat menyambut awal muharram 1436 masihi... semoga amalan kite diterima allah dan dosa-dosa kite terhapus .. amin..

Isnin, 15 September 2014

Kata hatiku

Dari dulu lagi aku pegang kata kata nie. Bila aku masuk dalam dunia bukan bidang aku ,kata-kata ini juga yang dia bagi dan buat aku kuat dan yakin dengan setiap langkah aku. Walaupon adakalanya,aku hampir tersungkur...
Ya allah , kau kuatkanlah diri ku untuk hadapi semua ini.