Ahad, 11 Oktober 2015

KAU BUKAN UNTUK KU

YA ALLAH, Jika dia tercipta untuk ku, kau dekatkanlah hati nya dengan hati ku
Jika dia bukan milik ku, kau damaikanlah hati ku dengan ketentuanmu.
bahahiakanlah dia bersama orang tersayang ya allah, hilangkanlah keresahan hati ku dan kuatkan la hati ku agar aku mampu meneruskan hidup ini tanpa bayangannya... AMIN YA ALLAH..

Ahad, 13 September 2015

TRAGEDI MAKKAH 12 SEPTEMBER 2015

Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.

Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu. Sangat menyayangimu.

Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya. Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya. #pray4makkah
#pray4alljamaahhaji

Selasa, 8 September 2015

HATI , AKAL & NAFSU

Akal : Hati.. kenapa kau menangis?

Hati : Takde ape.. Saje je...sebab dah lame tak nangis camnie... ( sambil tersenyum)

Akal : Jangan nak tipu la.. macam la aku baru kenal kau setahun dua, mesti ada sebab.. cerita la.. mana tau aku boleh tolong...

hati : betul takde apa...  cuma kadang2 hati cuba untuk jadi kuat, hati cuba untuk jadi seorang yang sabar dan lemah lembut . tapi tak boleh.. hati tak kuat.. hati tewas ngn nafsu sendiri dan akhirnya hati juga yang terkulai..

Nafsu : Hati , jangan la salahkan aku semata , sebab aku dijadikan allah memang untuk mengoda setiap makhluk di muka bumi ini. memang itu tugas aku. aku menjalankan tugas yang diberi.

Akal : betul ,hati aku bersimpati dengan kau. macam mana pon kau kena juga kuat.. tak boleh lemah, kuat kan iman kau.. allah menguji setiap hamba yang dikasihi.

Hati : ya, itu yang tuan aku cuba lakukan.. aku kena kuat untuk tuan aku walaupon hati sendiri tersunggur dan tak sanggup tengok nasib tuan aku, kena kuat juga..

dalam hati, aku tak kuat ya allah, kau kuatkan la hati aku.. izinkan aku berbicara dengan hatiku sendiri.. hati ku dah penat menagis... kau permudahkan la tuan ku ya allah.

Jumaat, 4 September 2015

BAHAGIALAH KAU BERSAMAMYA.

kenapa mesti kau yang aku sayang dan rindu.. kenapa mesti kau yang muncul dalam setiap detik dan tidur ku.. allah.. tolong la aku... aku tak mampu nak singkir die dalam hati ku... puas aku usir sekeras kerasnya supaya tak berpaut sayang padanya, tapi tak boleh sebab dia sentiasa dihadapan ku... tolong aku ya allah, aku tau die bukan milik aku die hak orang..  kuatkan hati aku agar sayang dan rindu ku hanya padamu ya allah bukan pada manusia dan duniawi.. berilah aku peluaNg untuk merasa bahagianya hidup bersama orang yang aku sayang... 

semoga dia bahagia dengan kehidupannya sekarang hingga ke jannah.. amin..

Sabtu, 18 Julai 2015

HIDUP DALAM PENIPUAN.

Hidup penuh dengan penipuan.. kenapa mesti nak tipu orang? Kalau hal kecik takde masalah pon.. tapi nie melibatkan harga diri.. aku betul- betul tak faham dengan orang camnie. Nak nampak yang die lebih baik, bagus dimata semua orang, nak bagi tau semua yang die dah banyak berkorban sedangkan orang lain yang berkorban.. orang lain yang buat itu ini. Niat hati nak tompang satu kaki. Tapi dia berdiri dengan dua kaki sampaikan sepasang kaki asalnya,tak nampak..

Hai la manusia2... apa yang kau cari sebenarnya? Kau nak ape sebenarnya?
Ya allah, kau sedarkanlah dia akan perbuatannya yang amat menyaibkan orang lain..  amin.

RENUNGKAN SEKETIKA

No.1 :- Kita selalu rasa yang pengorbanan kita untuk famly terlalu besar walaupon pengorbanan tu sebenarnya sebesar zarah je..

No.2:- selalu sangat kita rasa dah jaga hati famly terutama mak ayah kita,  sampaikan kita tak tahu cara macam mana lagi kita nak jaga hati mereka sedangkan mak ayah kita hampir setiap hari makan hati berulam jantung dengan sikap kita, kadang tu sampaikan nak bercakap dengan kita pon takut2..

No.3:- tabur la duit banyak mana skalipon kalau perangai kita tu tak boleh nak menyenangkan hati mak ayah kita pon tak guna jugak..

Akhir kalam:- semuanya terletak pada diri kita sendiri. Orang lain hanya boleh berkata kata, tak mungkin boleh ubah perangai kita melainkan kita sendiri yang mengubahnya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015.

Rasanya belum terlambat untuk sy mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf sekiranya,sy pernah menyakiti hati korang semua dalam sedar ataupun tidak. Halalkan segalanya.. koson - kosong..

#MAAF ZAHIR BATIN.

Rabu, 15 Julai 2015

RINTIHAN DOA DI AKHIR RAMADAN

Ya Allah ya Tuhan kami, malam ini adalah malam terakhir buat kami mendirikan solat tarawih, malam terakhir kami bangun untuk bersahur dan esok mungkin Maghrib terakhir kami berbuka. Usia kami, tertulis di sisi-Mu bila-bila akan habis, sedang kami masih leka menguliti dunia tanpa ada noktahnya.
Ya Allah, semoga kami sudah mampu merasai nikmat manisnya iman di bulan Ramadan, menikmatinya manis ibadah di bulan Ramadan, mensyukuri segala anugerah di bulan Ramadan. Semoga kami sudah makin mudah bangun di tengah malam walau sekadar mendirikan tahajjud dua rakaat, sudah semakin mesra membaca al-Quran dan mentadabbur segala isinya, sudah semakin ghairah bersedekah walau sedikit tanpa lelah, sudah kian asyik beribadah hanya kerana-Mu wahai Allah.
Ya Allah, panjangkanlah usia kami agar dapat lagi kami menjadi tetamu Ramadan pada tahun-tahun akan datang, dan sekaligus meraih gandaan pahala yang telah Engkau janjikan.
Ya Allah, andai kami tersalah, maafkanlah kami. Sesungguhnya, pada hari raya Idulfitri ini nanti, kami lahir menjadi manusia yang bersih, suci seperti seorang anak yang masih bayi.
Perkenankanlah ya Allah, segala rintihan dan harapan kami ini.
Amin ya Rabbal A'lamin...
"SELAMAT TINGGAL RAMADAN, SEHINGGA BERJUMPA LAGI.."

Khamis, 2 Julai 2015

Malam 15 Ramadhan.

Malam 15 ramadhan dh pun berlalu.. Tetiba rasa sayu hati aku, rindu dengan insan tersayang  yang dah kembali ke rahmatullah. Rindu dengan kawan baik aku.. ajal maut di tentukan allah, maut sentiasa memerhati kita. dengan sekelip mata nyawa kita ditarik.. allah ya rabbi.. bila terkenang azabnya kubur rasa gerun and takut sangat.. takut dosa aku tak terampun , aku paling takut bab hutang yang tak setel.
Ya allah hinanya hamba mu ini, kerdil sekerdilnya bila menghadap dan mengharapkan pengapunan dari mu. Ya allah aku jahil ya allah. Kai bawa la aku ke jalan mu, kau pimpin lah aku ke jalan mu, sucikanlah hati dan jiwa ku.. sucikanlah zahir batin ku ya allah, jadikanlah aku wanita solehah yang menjaga aurat dan dirinya ya allah, maafkan segala kesalahan aku  ya allah, beri la kesempatan untuk aku bertaubat dan beribadah kepada mu ya allah, berilH aku kesempatan untuk aku beramal pada kedua orang tua ku dan keluarga ku. Ya allah, sampaikan salam rindu ku pada arwah atok , nenek dan sahabatku, serta pada nabi muhamad s.a.w .
Ya allah, kau makbulkanlah doa ku, hanya pada mu aku memhon. amin ya rabbul alamin..

Isnin, 22 Jun 2015

Merenung Bulan 

Terleka aku melihat kemesraan

Mereka berpasang-pasangan
Bersenda keriangan
Bertanya aku pada diri sendiri
Mengapa kutersisih
Diulit mimpi sedih

Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan

Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti
Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan

Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga
Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan

Rabu, 17 Jun 2015

SALAM SATU RAMADHAN 2015

Assalamualaikum... dah lama tak update blog nie... ingat nak story macam2  sebelum puasa.. tapi hampeh.. sampai ke la nie dh masuk puasa malam ke 2 pon, baru nak update.. huhu .. Al-maklum la.. busy women katakan... cek nie takde pon story yang hot2 pon, biasa2 je sekadar renungan bersama..

Sebelom tu cek just nak ucapkan selamat beramal ibadat dan selamat berpuasa... semoga tahun nie cek puasa penuh la cam tahun2 sebelom nie... huhu ( cam dapat je puasa penuh kan.. )

Semoga kita dapat tingkatkan amalan serta mensucikan zahir batin kita, dan diterima allah ..

" YA ALLAH, AKU PANJATKAN DOA KU PADA MU, KAU AMPUNKAN LAH SEGALA DOSA2 KU DAN KEDUA IBU BAPA SERTA KELUARGA KU, KAU SUCIKAN LA ZAHIR BATIN KU DAN MERAKA, TERIMA LA TAUBAT KU DAN PELIHARA LA MEREKA SERTA MURAHKAN LA REZEKI MEREKA , TERANGI LA KUBUR ARWAH DATOK NENEK DAN MOYANG KU, CUCURILAH RAHMAT KE ATAS ROH MEREKA SERTA NABI MUHAMMAD SWA, AMIN YA RABBAL A'LAMIN.. "

Jangan lupa baca niat puasa .. ��

Khamis, 28 Mei 2015

BUKA PEKONG DIRI SENDIRI

Seronok kan kalau kita dapat luahkan semua yang terpendam dalam hati kita nie. Mesti rasa lega kan..nampak happy je... kadang aku jelouse tengok orang lain, senangnyer la hai dieorang kongsi masalah, sampaikan cerita dalam kain pon boleh kongsi.. kan best aku boleh jadi cam dieorang.. sentiasa lapang dada, tapi aku dah try memang tak boleh dan tak reti nak cerita masalah sendiri kat orang lain even kawan baik aku sendiri. Rahsia tetap rahsia...biar lah orang nak cakap aku ape pon.. aku tau siapa aku..  dan cukup la tuhan saja yg kenal aku macam mana, aku takut bila aku cerita masalah aku, orang akan anggap aku cari simpati.. so better zip mulut dan mangga. Buka bila menghadap Nya saja..

Selasa, 21 April 2015

Selamat ulang tahun ke 32.

Tepat jam 12pm genap la usia ku 32 tahun,
Allamdulillah , aku masih diberi peluang untuk beramal dan beribadah. Terima kasih ya allah kerana memberi peluang untuk aku bertaubat serta mensucikan jiwa dan nurani ini. Walaupon mendung di Sepanjang perjalanan hidup ku, aku tetap bersyukur kerana mempunyai famly yang sentiasa menyayangi dan memberi sokongan pada ku. Syukur ya allah kerana masih diberi peluang untuk berbakti pada orang tua ku, kau panjangkan la usia orang tua ku agar aku dapat berbakti pada mereka. Aku sayang emak dan bapak. Mereka yang telah melahirkan aku dan sehingga kini masih menjaga aku.. terima kasih mak bapak kerana sabar dengan perangai saya yang sentiasa menyakitkan hati, saya tak pandai nak tunjuk bertapa saya sayangkan mak dan bapak, yang saya tau saya tak sanggup kehilangan mak dan bapak.. maafkan saya sebab tak dapat tunaikan permintaan mak bapak, saya memang teringin nak berumah tangga macam kawan2 saya yang dah ada anak comel2... apakan daya jodoh tak sampai2.. akan ku teruskan juga langkah ini walaupon keseorangan...walaupon payah ,akan ku teruskan juga langkah ku. Jatuh bangun selama ini aku tempuh seorang diri.
Pengalaman banyak mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran...

"Ya allah, kau iringilah langkah-langkah ini menuju ke syurga mu, kau cekalkanlah hati ku untuk menempuh segala yang telah kau tetapkan untuk aku. Izinkan aku terus berbakti pada orang tua ku selagi meraka bernafas.. kau sayangilah lebih dari sayangnya meraka terhadap ku.akhirnya , sampaikanlah salam rindu ku pada nabi junjungan ku , Nabi Muhammad S.W.A."  amin ya rabbal'alamin...

Sabtu, 7 Mac 2015

Resepi apam lenggang

Assalamualaikum semua.. kali ini sy nak kongsikan resepi tradisi india di blog sy nie  , walaupon nie makanan tradisi india , kat malaysia dikalangan orang melayu cina dah ramai yg dah try n memang sedap, tak rugi korang try wat sendiri kt rumah.. ��✌

Resepi apam lenggang.

1- Rendam beras 2 port & halba 1 sudu ( rendam pagi or tengah hari sb nk blend malam ).

2- masa nk blend tu, masukkan kelapa parut 2 sudu, nasi sejuk 2 sudu & garam sikit, blend smpai lumat n simpan dlm mgkuk, pagi esok nyer baru ley lenggang dlm kuali..��

3- cara nk masaknyer.. panaskn kuali tuang 1 senduk , lengang kuali ( macam masak telor dadar tu ) , dengan api yg kecil  and tutup kuali .
Agak2 tepi die dh nmpk merah tu kira dah masak and Bole angkat dah.

4- cara wat santan. 1 biji satan pekat dgn gula. Panaskan sampai gula larut je.. jangan sampai didih takut santan pecah,

Ade kuali khas ngn penutup nyer skali.. boleh dapat kt kedai2 india yg jual periuk belangga.
Kuali biase pon bole.. tapi x ley campur ngn masakan lain , takut nnti melekat apam tu x jadi..

Sekian terima kasih. ��